Contoh Tumbuhan Yang Tidak Berbunga.
Lidah Buaya adalah salah satu tumbuhan antara 250 spesis Aloe serata dunia. Aloe adalah tumbuhan asli kepada timur, selatan dan utara Afrika danMadagascar dan telah diperkenalkan ke Hindia Barat dan negara-negara tropikayang lain, yang mana ia tumbuh liar. Ia juga telah membiak dengan baik dilembangan Mediterranean dengan merentasi Algeria, Morocco, Tunisia, serta kepulauan Canary dan Madeira. Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi.[perlu rujukan] Selain itu, pokok herba ini juga sangat popular dalam industri kosmetik dan produk kesihatan. Walaubagaimanapun ia masih kurang ditanam secara komersial di Malaysia.
Lumut ialah tumbuhan kecil dan lembut, biasanya 1–10 cm (0.4–4 in) panjang, walaupun beberapa spesies lebih besar. Lumut biasanya tumbuh dekat bersama dalam rumpun atau hamparan di tempat lembap atau teduh. Lumut tidak mempunyai bunga atau biji benih, dan daun ringkasnya meliputi batang kasar dan teguh. Pada masa tertentu lumut menghasilkan kapsul spora.
Terdapat kira-kira 12,000 spesies lumut diklasifikasikan dalam Bryophyta.[2]Divisi Bryophyta dahulunya termasuk bukan sahaja lumut, tetapi juga lumut hatidan lumut tanduk (hornwort). Dua kumpulan lain briofit ini sekarang diletakkan dalam divisinya sendiri. |
Pokok Semalu (Mimosa pudica L.) adalah tumbuhan merayap semusim (annual) yang sering menarik minat: daun kupuannya kucup kedalam dan terkulai apabila disentuh, dan kembali terbuka selepas beberapa minit. Mimosa pudica adalah tumbuhan tempatan yang berasal dari Brazil, tetapi kini adalah rumpai tropika raya.
Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan yang dikenali ramai ialah cendawan butang (Agaricus bisporus), yang berbatang pendek dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping. Namun banyak lagi cendawan yang berbentuk lain.Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan.
|
Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang Melayu. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu.
Paku pakis ialah tumbuhan vaskular tidak berbiji yang tergolong bersama pakis yang lain dalam alam tumbuhan yang digelar Pteridophyta. Ia mempunyai batang, pelepah, anak-daun pertama dan akar seperti tumbuhan vaskular yang lain. Ia berbeza daripada tumbuhan berbiji (gimnosperma dan tumbuhan berbunga) iaitu ia tiada bunga atau biji benih, dan membiak melalui spora. Ia mempunyai banyak persamaan dengan lumut dan alga tetapi berbeza dengan tumbuhan ringkas itu dengan adanya xilem dan floem untuk pengangkutan air dan bahan makanan.
|
Contoh Tumbuhan Yang Berbunga.
Pokok Bunga Mawar atau ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm.
Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga tumbuhan saka, tergolong dalam kumpulan Angiosperm. Bunga Mawar adalah salah satu jenis pokok bunga yang telah lama dikenali oleh masyarakat Melayu. Ia disebut dalam Hikayat Bayan Budiman yang ditulis sekitar 1370-an.[1] Bunga mawar mempunyai bau harum, biasanya mawar kampung (damask rose) mempunyai bau yang paling kuat. Dalam kebudayaan barat, dan dalam kebudayaan Melayu, bunga Mawar melambangkan bunga cinta. Lavender adalah sejenis tumbuhan yang ditemui di hampir semua benua. Ia mempunyai warna keunguan. Nama saintifiknya ialah Lavandula .
|
Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu [1](Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan,Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya,Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga anggerik (bahasa Inggeris: Orchid, daripada Orchidaceae) ialah familiterbesar pohon berbunga (Angiosperma).[1][2]. Anggerik merupakan bunga kebangsaan bagi negara Singapura. Kini nama Inggeris digunakan secara meluas dengan ejaan Orkid.
Taman Botani Diraja Kew menyenaraikan 880 genus dan hampir 22,000 spesies, akan tetapi jumlah yang tepat tidak diketahui (mungkin sehingga 25,000)[3]disebabkan pertikaian taksonomi. Bunga anggerik merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperma. |
Pokok bunga matahari (Helianthus annuus) ialah sejenis pokok semusimdalam famili Asteraceae yang berasal dari benua Amerika, dengan kepalanya berkuntum besar. Batang pokok bunga ini boleh bertumbuh setinggi 3 meter, dan bunganya pula boleh mencapai diameter 30 cm dengan benih-benih "besar". Perkataan "bunga matahari" juga digunakan untuk mengertikan semua tumbuhan dalam genus Helianthus yang kebanyakannya pokok saka.
|
Contoh Tumbuhan Berbuah
Rambutan (nama botani: Nephelium Lappaceum L.) adalah sejenis pokok buah saka. Rambutan berasal dari selatan China, Vietnam, Laos, Kemboja,
Thailand,Myanmar, Malaysia, Indonesia dan Sri Lanka. Ia kini banyak ditanam di Asia Tenggara dan sedikit di Sri Lanka, New Guinea, Australia, Amerika dan Afrika. |
Mangga ataupun Pauh merupakan satu genus Mangifera tropika dalam familiAnacardiaceae. Tiada orang yang tahu dengan tepat tentang tempat asalnya, tetapi kebanyakan orang mempercayai bahawa pokok ini berasal dari benua Asia Selatan danAsia Tenggara, termasuk India Timur, Myanmar, dan Bangladesh, selepas rekod-rekodfosil yang wujud sejak 25 hingga 30 juta tahun dahulu telah ditemui di sana.
|
Anggur (Vitis spp) ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minuman,kismis, jus, wain dan sebagainya. Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada varieti yang telah sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika.
|
Sumber Dari : Google & Wikipedia